Ayatusy syifa (ayat-ayat penyembuh) Rumi

1) WA YASYFI SHUDUURA QAUMIN MU’MINIIN

Dan qur’an menyembuhkan hati orang-orang mukminin.

2)WASYIFAAUN LIMAA FISH SHUDUUR.

Dan penyembuh bagi suatu penyakit yg ada didalam dada.

3)YAKHRUJU MIN BUTHUUNIHAA  SYARAABUN MUKHTALI FUN ALWAANUHU FIIHI SYIFAAUN LINNAAS

Keluar dari perutnya minuman yg beraneka warna menjadi penyembuh bagi manusia.

4)WA NUNAZZILU MINAL QUR-AAN, MAA HUWA SYIFAAUN WARAHMATUN LIL MU’MINIIN

Dan kami turunkan dari Qur’aan sesuatu yg jadi penyembuh dan rahmat bagi orang    mukminin.

5)FA IDZAA MARIDLTU FAHUWA YASYFIINI

Dan apabila aku sakit, maka ia Allah menyembuhkan aku.

6)QUL HUWA LILADZIINA AAMANUU HUDAN WA SYIFAA UN

Katakanlah hai Muhammad. ia (Qur’aan) menjadi petunjuk dan penyembuh.

Keterangan:

Syeikh Imam Abil Qasim Al;Qusyairi menerangkan, bahawa suatu waktu anaknya sakit yang membimbangkan sehingga beliau merasa putusasa. Dalam tidurnya beliau bermimpi bertemu dengan Rasullulah s.a.w. dan beliau bertanya apakah ada ubat bagi penyakit yang dideritai oleh anaknya. Rasulullah s.a.w. berkata ” Apakah kamu tidak mengetahui ayat-ayat syifa?” Lalu Abil Qasim membuka Al-qur’an dan menemui ayat-ayat tersebut diatas lalu beliau segera menulisnya diatas kertas dan dilunturkan dalam air, lalu diberikan anaknya minum. Tidak lama selepas itu, anak yang sakit itu beransur sembuh dan akhirnya benar-benar sembuh.

Cacatan; Saya selalu mengamalkan ayat-ayat tersebut di atas dengan cara meniupkannya  pada air  dan minum dengan niat untuk menyembuhkan penyakit bila saya rasa sakit. Ayat-ayat syifa ini dapat menyembuhkan semua jenis penyakit termasuk santau,sihir ,stress, panas baran, rungsing dan sebagainya dengan cara hendaklah selalu mengamalkannya dalam kehidupan kita seharian, caranya seperti di atas.

 

Posted in unit trust

Tempat kembali yang jelek

ANNAR- NERAKA  adalah merupakan tempat kembali di akhirat yang penuh seksa, kesusahan, kesengsaraan dan berupa api yang menyala-nyala 70 darjat dari api dunia yang disediakan khusus buat hambanya yang derhaka. Ada disebutkan bahawa suatu ketika Jibrail a.s datang kepada Nabi SAW, maka beliau bertanya kepadanya: ” Wahai Jibrail, berilah aku akan sifat-sifat neraka.” Kata Jibrail Sesungguhnya Allah Taala menjadikan neraka, kemudian menyalakannya 1,000 tahun hingga menjadi merah,  lalu 1,000 tahun lagi hingga menjadi putih, kemudian 1,000 tahun lagi hingga menjadi hitam kelam seperti keadaan malam gelap gulita dan bara apinya tak dapat mati.

Jibrail a.s. berkata: Demi zat yang mengurusmu dengan hak seorang Nabi, andaikata ia dibuka selubang jarum di arah masyriq, sungguh terbakarlah ahli maghrib kerana sangat panasnya. Dan demi zat yang mengurusmu seorang Nabi, andaikata pakaian ahli neraka digantung di antara langit dan bumi, sungguh matilah mereka kerana sangat panasnya.

Telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas dari Rasullullah SAW.  katanya: ” Sesungguhnya dalam neraka itu terdapat ular-ular seperti lehernya unta, lalu ular itu mengigiti mereka dengan gigitan yang bukan main  sakitnya sampai 40 tahun.

Pintu-pintu neraka itu terbagi-bagi untuk para lelaki dan wanita. Diriwayatkan dari Rasulullah SAW. bahawasanya baginda bertanya kepada Jibrail a.s. ” Apakah keadaan pintu-pintu neraka itu seperti pintu rumahku?” Jawab Jibrail as. Tidak, pintu neraka terbuka di bawah yang lain. Dari satu pintu ke satu pintu lainnya boleh ditempuh perjalanan selama 700 tahun. Setiap pintunya sangat panas dari yang lainnya  dengan perbandingan 70 darjat. Rasullullah SAW. Bersabda yang bermaksud: apakah pintu-pintu itu? Jibrail menjawab:

Pintu pertama: Hawiyah, buat orang-orang munafik dan keluarga Firaun

Pintu kedua: Jahim, untuk orang musyrik

Pintu ketiga: Shaqar, buat orang-orang shabi’i

Pintu keempat: Ladha,  buat para iblis dan orang-orang yang mengikut langkah-langkahnya

Pintu kelima: Huthamah, buat orang-orang Yahudi

Pintu keenam: Sa’ir, buat orang Nasrani

Lalu Jibrail diam, dan Nabi SAW. bersabda: Wahai Jibrail, kenapa engkau tidak menuturkan kepadaku dari penghuni (penduduk) pintu yang ketujuh? Jawab Jibrail ” wahai Muhammad, tidak usah engkau tanyakan kepadaku tentang hal itu. Sahut Nabi: Baiklah. Jibrail berkata lagi: wahai Muhammad pintu itu adalah untuk ahli pembuat dosa besar dari umatmu yang mereka mati sebelum bertaubat”. Nabi sepontan pengsan. Setelah sedar, lalu baginda bersabda: “Wahai Jibrail besar sekali musabahnya dan aku sangat takut, apakah salah seorang dari umatku akan masuk neraka?. Jibrail menjawab: ya, untuk umatmu yang berbuat dosa besar akan masuk neraka. Maka Nabi SAW. menangis, lalu Jibrail a.s.pun menangis kerana tangisnya Nabi. Nabi bersabda: ” wahai Jibrail kenapa engkau menangis?” engkau, engkau adalah roh yang sentosa. Jibrail menjawab: ” Aku takut kalau dicuba seperti cubaan Harut dan Marut.” Maka Allah memberikan wahyu: “Wahai Jibrail dan wahai Muhammad, kamu aku jauhkan dari neraka, oleh kerana itu janganlah kamu memikirkan seksaku. Jadi..bagaimana dengan kita, tidak takutkah dengan azab api neraka, tidak gentarkah untuk mendiami rumah api….renung-renungkan lah ya…

Posted in unit trust

Kisah seorang ahli ibadah yang mati dalam kekufuran

Peristiwa ini terjadi terhadap seorang abid atau ahli ibadah yang taat kepada Allah,  diriwayatkan bahawa Allah SWT berfirman tentang Barshisha itu: ” Sama seperti syaitan  ketika ia berkata di hadapan orang ramai ” aku kafir. Begini ceritanya : Barshisha adalah seorang ‘abid’, bila ia menyentuhkan tangannya kepada seseorang yang berpenyakit ayan, gila ataupun patah tulang , langsung boleh sembuh. Demikian juga beliau dapat menyembuhkan puteri raja yang kerasukan jin sehingga tidak sedar.  Siputeri raja itu di bawa ke rumah Barshisha untuk tinggal bersama di sana dan di tempatkan di sebuah pondok di hutan.

Lalu iblis datang kepada Barshisha dan iblis menganjurkan kepadanya (setelah diminumi minuman keras sehingga mabuk) agar melakukan zinah dengan puteri raja itu. Kata si iblis ” zinahi saja perempuan itu, dia juga dalam keadaan tidak sedar.” Setelah melakukan perzinahan, iblis berkata lagi kepada Barshisha bahawa khuatir puteri akan hamil , lalu orang-orang akan mengejek dan memandang jelek.  Iblis berkata: ” Bunuh saja puteri itu dan tanamkan mayatnya di bukit pasir (al-kumur-ramal), sekiranya ada orang bertanya tentang puteri, katakan saja puteri hilang dan pergi, mereka pasti percaya.

Lalu Barshisha membunuh puteri itu dan menanamnya di bukit pasir yang ditunjukan oleh iblis. Kemudian si iblis datang kepada raja dengan menyerupai seorang abid dan menceritakan bahawa Barshisha telah berbuat salah kepada puteri. Kerana ia khuatir puteri akan hamil akibat perbuatannya itu, maka puteri dibunuh, lalu ditanam di bukit pasir berhampiran pondok kecil Barshisha. Tentang hilang dan perginya puterinya itu semuanya adalah bohong.

Rajapun mengirim pasukan ke tempat itu dan apa yang diceritakan oleh iblis  yang menyerupai abid itu ternyata benar. Lalu raja memerintahkan Barshisha dihukum bunuh di tiang penyaliban  di depan umum. Dalam keadaan disalib itu, iblis datang kepada Barshisha seraya berkata: ” Hai Barshisha, sujudlah kepadaku, aku akan lepaskan kamu dari penderitaan ini.” setelah Barshisha sujud, iblispun pergi tanpa menghiraukannya dan Barshisha mati dalam kekufuran…

Jadikan ini sebagai pedoman kita semua dalam melayari hidup di dunia menuju akhirat yang kekal abadi. Wasallam

Posted in unit trust

Fadhilat surah Al-Mulk

Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog saya. Di sini  moga dapatlah kita bersama-sama mengamalkan surah ini untuk keselamatan di dunia ini dan akhirat nanti. Ambillah fadhilat dari surah Al-Mulk ini untuk panduan hidup kita semua.

1. Daripada Abi Hurairah r.a dari Rasulullah s.a.w. bersabda:  “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada 30 ayat yang memberi syafaat kepada pembacanya hingga diberi keampunan untuknya  iaitu surah Al-Mulk.

2. Daripada Anas Ibnu Malik berkata: Nabi s.a.w. telah bersabda:  Sesungguhnya seorang lelaki yang sebelum kamu telah meninggal dunia dan tidak ada bersamanya sedikitpun daripada kitab Allah kecuali “Tabaarakal Lazi”. Maka apabila dimasukkan ke dalam kubur, datanglah kepadanya malaikat. Maka surah itu telah menahan wajahnya dan malaikat berkata pada surah itu, sesungguhnya kamu daripada kitab Allah dan saya tidak mahu menyusahkan kamu, sesungguhnya saya tidak boleh memberi kepada kamu dan kepada dia, dan kepada saya kemudharatan atau kemanfaatan. Sesungguhnya  jika kamu mahu memberi manfaat kepada dia (simati), jadi pergilah menemui Allah swt dan mintalah syafaat darinya. Maka diapun (surah) menemui Allah swt dan berkata, ” Wahai  Tuhanku, sifulan ini (si mati), dia pilih saya dalam kitabmu dan dia pelajari saya dan dia membaca saya, bolehkah wahai Allah, engkau membakar dan menyeksanya, walhal saya di dalam dadanya. Maka jika engkau ingin berbuat demikian, maka padamlah saya dari kitabmu. Dan Allah berfirman, ” Aku nampak kamu marah”. Dia (surah) menjawab: ” Sesungguhnya saya marah”. Allah swt berfirman: “Pergilah sesungguhnya aku memberi dia kepada kamu dan kamu menjadi syafaat ke atasnya.

Nabi s.a.w. bersabda; “Surah itu datang kepada malaikat dan memaksanya keluar tanpa melakukan apa-apa pada si mati. Maka surah itu datang dan meletakkan mulutnya kepada mulut si mati dan mengucapkan selamat datang kepada mulut yang sentiasa membaca saya dan selamat datang kepada dada yang menghafal dan menjaga saya, dan selamat datang kepada dua kaki yang sentiasa berdiri dan membaca saya.

Maka surah itu bersama si mati dalam kuburnya supaya si mati tidak merasa kesunyian.

Anas berkata; apabila Nabi s.a.w. khabarkan hadis ini maka tidak ada seorangpun yang kecil mahupun  yang dewasa, hamba maupun tuan kecuali dia mempelajari surah ini dan Nabi s.a.w. menamakan surah ini al-Munjiah iaitu yang menyelamatkan. (HR Ibnu Katsir)

Daripada Anas Ibnu Malik berkara: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: satu surah didalam Al-Quran menghujahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke syurga iaitu “Tabaralallazi” (HR at- Tabarani)

Daripada Ibnu Anas r.a. berkata: seorang sahabat telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu bahawa itu adalah kubur, maka di dalam kubur itu terdengar suara bacaan surah Al-Mulk sehingga khatam  maka beliau menemui baginda Rasulullah s.a.w. dan berkata:” wahai  Rasullullah s.a.w. saya dirikan satu khemah atas satu kubur dan saya tidak tahu itu kubur, lalu saya terdengar seseorang sedang membaca surah AL-Mulk sehingga khatam. Nabi s.a.w. bersabda: itulah yang menahan dia daripada seksa kubur.

Ibnu Abbas berkata, “Bacalah surah Al-Mulk  dan ajarkanlah kepada keluarga kamu dan semua anak-anak kamu. sesungguhnya ia yang menyelamatkan dari berdebat di hari kiamat di depan Allah swt dan dapat menyelamatkan  kamu dari api neraka, pembacanya juga selamat dari seksa kubur.

Surah Al Mulk ini merupakan surah yang ke 67  daripada 114 surah kesemuanya.

Posted in unit trust

Kilat

Ya Rasulullah ceritakan kepada hamba tentang kejadian kilat dan guruh itu.  Maka Nabi saw bersabda : Bahawasanya awan itu dikawal oleh Malaikat yang ditangannya memegang sebuah cambuk/cemeti dari api. Maka ia pukulkan cemeti itu pada awan sehingga menjadi guruh serta kilat. Kemudian orang itu bertanya pula : dan suara apakah yang terdengar itu ? Maka Nabi saw bersabda : Bahawasanya itu adalah suara tasbih dari para malaikat yang bernama Malakul-ra’ad , yang memukulkan cemetinya pada awan itu.

 

 

Posted in unit trust

Syurga

Syurga

Assalamualaikum,  kali ini marilah kita sama-sama melihat keindahan syurga dan bertapa luasnya syurga itu sebagaimana firmannya yang bermaksud:

“Segeralah kepada ampunan Tuhanmu dan kepada syurga yang luas- luasnya 7 lapis langit dan bumi, bagi orang yang takut/takwa kepada Allah swt. Dan tidak ada yang mengetahui luasnya, kecuali Allah swt.”

Syurga itu mempunyai  100 tingkat, dan jarak diantaranya lima ratus tahun perjalanan. Dan syurga itu mempunyai 7 sungai : yang pertama sungai Aden, pada kedua tebingnya daripada emas yang merah dan luasnya  tebing itu adalah antara langit dan bumi. Dindingnya terdiri dari emas serta batu-batan dari perak dan rumputnya daripada kasturi, ambar dan zafaran. Dindingnya daripada mutiara putih dan yakut yang merah dan pintunya daripada manikam.

Dari Ibnu Abbas r.a. Bahawasanya syurga itu mempunyai delapan buah pintu, syurga yang pertama terdiri daripada emas serta dihiasi dengan mutiara dan manikam, dan tersurat pada pintu  itu ialah; ‘LAA ILLAHA ILLALLAH, MUHAMMADUR-RASULLULLAH’ ianya pintu untuk para Nabi/Rasul-Allah, para syuhada serta wali-walinya.

Dan pintu kedua untuk para hambanya yang memelihara solat serta rukun dan syaratnya

Pintu ketiga untuk para hambanya yang membayar zakat dengan hati yang ikhlas

Pintu keempat untuk hambnya yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kejahatan

Pintu kelima untuk para hambanya yang tidak berbuat aniya serta menahan dirinya dari hawa nafsu

Pintu keenam untuk masuknya para hambanya yang mengerjakan Haji dan Umrah

Pintu ketujuh  untuk para hambanya yang berjuang dijalan Allah

Dan pintu kelapan untuk hambanya yang memelihara dirinya dari melihat sesuatu yang haram, hambanya suka membuat kebajikan serta berbuat baik terhadap kedua orang tuanya serta berkasih sayang dengan kaun keluarganya.

Ahli-ahli syurga itu hidup dalam keadaan tenteram dan penuh nikmat, sebagaimana firman Allah swt:

“sesungguhnya orang-orang yang bertakwa di dalam syurga (di taman-taman dan di tengah-tengahnya) ada mata air-mata air yang mengalir. Dikatakan kepada meraka:’ Masuklah kedalamnya dengan sejahtera lagi aman.’ Dan kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka , sedang mereka bersaudara duduk berhadapan diatas dipan-dipan. Mereka tidak akan merasa lelah di dalamnya dan mereka tidak sekali-kali di keluarkan daripadanya.”

(Al-Hijr: 45-48)

Wassalam.

Posted in unit trust