Syurga

Syurga

Assalamualaikum,  kali ini marilah kita sama-sama melihat keindahan syurga dan bertapa luasnya syurga itu sebagaimana firmannya yang bermaksud:

“Segeralah kepada ampunan Tuhanmu dan kepada syurga yang luas- luasnya 7 lapis langit dan bumi, bagi orang yang takut/takwa kepada Allah swt. Dan tidak ada yang mengetahui luasnya, kecuali Allah swt.”

Syurga itu mempunyai  100 tingkat, dan jarak diantaranya lima ratus tahun perjalanan. Dan syurga itu mempunyai 7 sungai : yang pertama sungai Aden, pada kedua tebingnya daripada emas yang merah dan luasnya  tebing itu adalah antara langit dan bumi. Dindingnya terdiri dari emas serta batu-batan dari perak dan rumputnya daripada kasturi, ambar dan zafaran. Dindingnya daripada mutiara putih dan yakut yang merah dan pintunya daripada manikam.

Dari Ibnu Abbas r.a. Bahawasanya syurga itu mempunyai delapan buah pintu, syurga yang pertama terdiri daripada emas serta dihiasi dengan mutiara dan manikam, dan tersurat pada pintu  itu ialah; ‘LAA ILLAHA ILLALLAH, MUHAMMADUR-RASULLULLAH’ ianya pintu untuk para Nabi/Rasul-Allah, para syuhada serta wali-walinya.

Dan pintu kedua untuk para hambanya yang memelihara solat serta rukun dan syaratnya

Pintu ketiga untuk para hambanya yang membayar zakat dengan hati yang ikhlas

Pintu keempat untuk hambnya yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kejahatan

Pintu kelima untuk para hambanya yang tidak berbuat aniya serta menahan dirinya dari hawa nafsu

Pintu keenam untuk masuknya para hambanya yang mengerjakan Haji dan Umrah

Pintu ketujuh  untuk para hambanya yang berjuang dijalan Allah

Dan pintu kelapan untuk hambanya yang memelihara dirinya dari melihat sesuatu yang haram, hambanya suka membuat kebajikan serta berbuat baik terhadap kedua orang tuanya serta berkasih sayang dengan kaun keluarganya.

Ahli-ahli syurga itu hidup dalam keadaan tenteram dan penuh nikmat, sebagaimana firman Allah swt:

“sesungguhnya orang-orang yang bertakwa di dalam syurga (di taman-taman dan di tengah-tengahnya) ada mata air-mata air yang mengalir. Dikatakan kepada meraka:’ Masuklah kedalamnya dengan sejahtera lagi aman.’ Dan kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka , sedang mereka bersaudara duduk berhadapan diatas dipan-dipan. Mereka tidak akan merasa lelah di dalamnya dan mereka tidak sekali-kali di keluarkan daripadanya.”

(Al-Hijr: 45-48)

Wassalam.

Advertisements
This entry was posted in unit trust. Bookmark the permalink.