Kisah seorang ahli ibadah yang mati dalam kekufuran

Peristiwa ini terjadi terhadap seorang abid atau ahli ibadah yang taat kepada Allah,  diriwayatkan bahawa Allah SWT berfirman tentang Barshisha itu: ” Sama seperti syaitan  ketika ia berkata di hadapan orang ramai ” aku kafir. Begini ceritanya : Barshisha adalah seorang ‘abid’, bila ia menyentuhkan tangannya kepada seseorang yang berpenyakit ayan, gila ataupun patah tulang , langsung boleh sembuh. Demikian juga beliau dapat menyembuhkan puteri raja yang kerasukan jin sehingga tidak sedar.  Siputeri raja itu di bawa ke rumah Barshisha untuk tinggal bersama di sana dan di tempatkan di sebuah pondok di hutan.

Lalu iblis datang kepada Barshisha dan iblis menganjurkan kepadanya (setelah diminumi minuman keras sehingga mabuk) agar melakukan zinah dengan puteri raja itu. Kata si iblis ” zinahi saja perempuan itu, dia juga dalam keadaan tidak sedar.” Setelah melakukan perzinahan, iblis berkata lagi kepada Barshisha bahawa khuatir puteri akan hamil , lalu orang-orang akan mengejek dan memandang jelek.  Iblis berkata: ” Bunuh saja puteri itu dan tanamkan mayatnya di bukit pasir (al-kumur-ramal), sekiranya ada orang bertanya tentang puteri, katakan saja puteri hilang dan pergi, mereka pasti percaya.

Lalu Barshisha membunuh puteri itu dan menanamnya di bukit pasir yang ditunjukan oleh iblis. Kemudian si iblis datang kepada raja dengan menyerupai seorang abid dan menceritakan bahawa Barshisha telah berbuat salah kepada puteri. Kerana ia khuatir puteri akan hamil akibat perbuatannya itu, maka puteri dibunuh, lalu ditanam di bukit pasir berhampiran pondok kecil Barshisha. Tentang hilang dan perginya puterinya itu semuanya adalah bohong.

Rajapun mengirim pasukan ke tempat itu dan apa yang diceritakan oleh iblis  yang menyerupai abid itu ternyata benar. Lalu raja memerintahkan Barshisha dihukum bunuh di tiang penyaliban  di depan umum. Dalam keadaan disalib itu, iblis datang kepada Barshisha seraya berkata: ” Hai Barshisha, sujudlah kepadaku, aku akan lepaskan kamu dari penderitaan ini.” setelah Barshisha sujud, iblispun pergi tanpa menghiraukannya dan Barshisha mati dalam kekufuran…

Jadikan ini sebagai pedoman kita semua dalam melayari hidup di dunia menuju akhirat yang kekal abadi. Wasallam

Advertisements
This entry was posted in unit trust. Bookmark the permalink.